Sold out

Ensiklopedia Solat

or up to 3 interest-free payments of RM33.33 with More info

Notify me when this product is available:

Buku ini menghimpunkan segala permasalahan dan keterangan yang berkaitan solat. Setiap permasalahan dan keterangan itu pula disokong dan dibantu dengan firman Allah dan hadis serta sunah nabi Muhamad SAW yang menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam mengikuti dan menerapkan di dalam kehidupan seorang Muslim.

Melalui entri di dalam bentuk illustrasi, dan foto yang dapat menguatkan fakta, pembaca mudah memahami dan mengaplikasikan tatacara yang diajarkan. Selain itu, penerangan turut diberikan di dalam peta minda, jadual dan carta. Kandungan ensiklopedia berkait dengan disiplin ilmu pengetahuan iaitu syariat, sains, perubatan, sejarah dan falsafah.

Kandungannya mudah untuk dirasionalkan oleh akal pemikiran di samping membuktikan kebesaran Allah S.W.T berikutan terdapat penerangan yang memudahkan untuk memahaminya. Ilmu yang terkandung di dalamnya pula tidak bertentangan dengan Al-quran dan sunah Rasulullah SAW. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Ia boleh dibaca oleh sesiapa saja khusunya untuk yang mengetahui dan memperbaiki solat yang didirikan. Ia juga sesuai untuk pengajar seperti guru, pensyarah dan sesiapa yang terlibat untuk membuat rujukan dan alat pembelajaran. Malah, ensiklopedia ini boleh dikhususkan kepada pusat sumber, institusi pendidikan, pusat latihan, masjid, madrasah, pejabat dan pusat pendidikan. Penghasilan buku ini adalah merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dan sumber-sumber yang telah disahkan kesasihannya. Huraiannya pula bersepadu dan menggunakan bahasa moden yang mudah untuk difahami. Dengan adanya ensiklopedia ini, sebarang permasalahan boleh dirujuk dan diperbetulkan dari semasa ke semasa.