Wajah Kegembiraan Apabila Mereka Menerima Waqaf Al-Quran

Setiap kali Al-Quran yang anda waqafkan dibaca, anda akan diberi ganjaran di dunia dan akhirat, Insya Allah.

Ayuh rebut peluang waqaf ini untuk diri anda dan juga orang-orang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah.

Mereka berkongsi Al-Quran yang sudah koyak dan lama. Ada juga yang menggunakan pelepah kayu sebagai ganti.
Alhamdulillah, sejak tahun 2021 kami telah berjaya mengagihkan lebih 100,000 naskah Al-Quran. Tetapi masih tidak mencukupi... populasi umat Islam di Nigeria melebihi 100 juta.
Al-Quran yang anda waqaf akan diagihkan ke madrasah, tahfiz, masjid dan fakir miskin di sana. Kami akan mula mengedar batch terbaru (5,000 naskah) mulai bulan Ogos 2025.
Kami ada share banyak gambar² dan video² pengagihan Al-Quran di Facebook fanpage kami. Insya Allah. Kami akan melaksanakan amanah ini dengan bantuan NGO yang dipercayai, Isah Chikaji Foundation, di Nigeria. Sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan, sila hubungi kami. Terima kasih.

Waqaf Al-Quran di Nigeria

RM30.00 MYR
Quantity:
- +
Waqaf Al-Quran di Nigeria
RM30.00 MYR
- +

Testimoni Pewaqaf-Pewaqaf Al-Quran

4.8 out of 5
79 Customers reviewed
5 64 reviews
4 14 reviews
3 1 reviews
2 0 reviews
1 0 reviews

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan kasih sayangNya. Muslim Valley telah memberi peluang kepada saya serta rakan-rakan dan saudara-mara terdekat untuk melabur untuk akhirat kami dengan mewakafkan naskah-naskah Al-Quran kepada umat Islam di Nigeria yang kekurangan dan tidak mempunyai Al-Quran yang baik dan sempurna untuk dibaca dan dipelajari.

Walaupun tidak banyak naskah yang kami wakafkan, namun diharapkan ia akan memberi manfaat kepada semua, Insya Allah. Semoga amalan kami ini diberkati oleh Allah SWT.

Abdul Haris M.
Verified Purchase

Assalamualaikum. Buat pertama kali dalam hidup saya selama 50 tahun, saya telah mewakafkan Al-Quran dan saya berasa sangat gembira.

Dan saya rasa lebih gembira apabila melihat wajah-wajah anak-anak di Nigeria, Masya Allah Tabarakallah, dan saya terasa ingin melakukannya lagi, Insya Allah.

Semoga Allah makbulkan semua doa-doa saya dan mengampuni saya. Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan perasaan ini... Allah Maha Mengetahui.

Zarina
Verified Purchase

Pengalaman yang menyenangkan sejak dari saat saya berniat untuk wakaf Al-Quran di Nigeria.

Pasukan Muslim Valley memudahkan urusan saya kerana mereka sangat pantas dan cekap dalam memberi maklum balas terhadap pertanyaan saya. Saya juga merupakan penyokong tetap yang telah lama menyokong mereka secara senyap melalui pelbagai inisiatif.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi saya peluang ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada pasukan Muslim Valley kerana memudahkan kami untuk menyumbang kepada masyarakat.

Teruskan usaha yang baik ini ❤

Murniyati
Verified Purchase